Sekarang dah tahun 2017. Bermacam perkara berlaku. Ainul anak aku pun dah berjalan. Kadang-kadang tak tahan jugak perangainya. Mengada2 lebih. Haritu, aku pun kemalangan, mujur tak apa2. Motor je lah teruk. Sayang jugak motor tu. Dah guna lama. Dalam proses nak repair. Dalam pada tu, teringat jugak masa kemalangan tu, dah mengucap dah dan kat kepala terbayang keluarga, isteri dan anak. Rasa tak puas berkasih sayang dengan mereka. Tapi, Allah panjangkan umur, aku pun tak cedera. Mungkin nak suruh aku bertaubat atas dosa2 dahulu.
Tahun 2017 bermacam juga dugaan yang datang. Apa pun, kenalah lalui dengan redha. Adik aku Siti Soleha pun baru je minggu lepas khatam Quran 1st time. Tapi suruh dia sambung lagi mengaji nye. Mak bapak aku dah berumur, risau juga dengan kesihatan mereka.
Anak aku pula, tiap2 hari makin besar. Memang betul lah kata orang, anak membesar ni rasa kejap je. Dah nak masuk 2 tahun tak lama lagi. Sekarang, tiap2 petang bawak round naik motor. Kalau tang naik motor, diam pulak, kalau duduk dalam rumah, ada je tak kena nye mengamuk je lebih. Kena tutup lampu pulak supaya dia tak dapat capai macam2.
Tapi anak aku ni, dia mainan tak minat sangat. Menconteng, dia suka lah.
Dalam hidup berumahtangga, ada pasang surut, bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi, isteri aku, aku memang sayang. Harap dia jelah sampai aku mati nanti.
Orang selalu cakap dengan aku, ko ni suka cakap pasal mati, tak takut ke? Aku kata, siapa tak takut mati? Tapi kenapa kita takut nak cakap pasal mati? Sebab apa, sebab kita bila2 boleh mati. Aku tengah taip kat pc ni pun tetibe boleh mati kalau dah itu takdirnya.
The Froggy Out There
Monday, April 10, 2017
Tuesday, August 16, 2016
Leicester City juara EPL
Sejarah ini membuktikan, apa sahaja boleh berlaku. Kelab Kerdil membenam Kelab Gergasi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 7:29 AM
London: Leicester City memastikan kejuaraan sulung Liga Perdana Inggeris yang menakjubkan tanpa perlu beraksi selepas pasukan tangga kedua Tottenham Hotspur seri 2-2 dengan Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi bagi melakar kejayaan terbesar pasukan bukan pilihan dalam mana-mana sukan.
Leicester bermain dalam divisyen dua hanya dua tahun lalu, hampir tersingkir ke Liga Kejuaraan musim lalu dan memulakan musim ini sebagai pilihan dengan rating 5,000-1 bagi merebut kejuaraan.
Kini buat kali pertama dalam sejarah 132 tahun penubuhannya, Leicester muncul juara Inggeris selepas mendahului tujuh mata di depan Tottenham dengan berbaki dua perlawanan.
Foxes terlepas peluang memastikan kejuaraan Ahad lalu apabila mereka seri 1-1 dengan Manchester United namun juara bertahan Chelsea memastikan parti meraikan kemenangan tidak perlu ditangguh lagi.
Beberapa pemain Leicester berkumpul di rumah penjaring terbanyak kelab dengan 22 gol Jamie Vardy menyaksikan pertemuan Tottenham dengan Chelsea dan pemain pertahanan Christian Fuchs mengepos dalam Twitter rakaman video pemain meraikan kejayaan itu.
Tottenham mesti menang di Chelsea bagi menghidupkan peluang memenangi kejuaraan kali pertama sejak 1961 dan mendahului 2-0 menerusi gol penyerang Harry Kane dan Son Heung Min namun Chelsea bangkit pada babak kedua memaksa seri dalam pertembungan jiran setempat yang sengit dan tegang.
Pertahanan tengah Gary Cahill merapatkan kedudukan buat Chelsea pada awal babak kedua sebelum Eden Hazard menjaringkan gol penyamaan. Gol Hazard hampir genap setahun sejak jaringannya membantu Chelsea merangkul kejuaraan.

Dah Setahun Dah Ainul Mardhiah
Genap 15.08.2016 dah setahun dah anak kami. Macam-macam ragam. Sekarang gigi dah tumbuh sebatang. Sebatang lagi pun dah nak tumbuh. Tapi yang pelik, tumbuh atas plak dulu. Ainul pun sekarang dah boleh bertatih. Dapat lah dalam 5 ke 6 langkah. Cakap pun boleh dah, tapi bahasa Alien lah, sorang pun tak faham.
Cawan kat rumah 2 biji dah pecah Ainul buat, takpe nanti dia besar dah keje, aku mintak lah ganti balik. Mana tau kot2 dapat jug ke ha3.
Aku dan isteri baik-baik sahaja. Adat lah kadang-kadang tu ada gak lah kelahi nya. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Tapi sekurang-kurangnya ada lah pengikat kasih kami. Si Ainul Mardhiah ni. Ainul pun haritu dah dapat sepupu. Sepupu lelaki. Muhammad Al-Fatih namanya. Lahir pada 28.06.2016. Ni anak kepada adik ipar aku, Muhamad Sofian.
Ni si Ainul tengah tak sihat. Dengan mak dia pun tak sihat. Takpelah, nanti sihat lah balik tu. Dah ke klinik dah.

Monday, April 25, 2016
Dah Merangkak Dah
Dalam diam, Ainul dah pun menjangkau ke 8 bulan. Tak lama lagi dah nak masuk 9 bulan dah. Macam tak percaya. Ainul pun dah membesar, dari tangannya yang sekecik2 sampai lah sekarang dah semangat dah berat badannya. Dia pun dah merangkak dah. Laju merangkaknya. Yang tak tahan kejap2 dia ke dapur. Buat masa ni dia tak lah buat sepah sangat. Cuma aku ada belikan satu remote Astro khas untuk dia. Bukan apa, dia suka sangat main remote Astro, nanti jahanam pulak, susah jugak kan.
Apa pun, anak yang ada ni anugerah dari Allah. Aku sayangkan anak dan isteri aku.
Terima kasih Allah dengan anugerahMu ini.

Thursday, November 5, 2015
1 Bulan Pertama Di Rumah Sendiri
Sejak Ainul dah ada kat rumah ni. Mcm2 aku dan isteri rasakan. Tapi of course lah gembira paling banyak kan.
Cuma, yelah, terkejar2 masa, penat dan sebagainya kadang-kala membuatkan ada juga masalah. Yelah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan?
Ni tak lama lagi dah nak masuk 3 bulan dah Ainul ni. Buat masa ni Alhamdulillah, tiada pula dia meragam yang pelik2. Lagi 3 bulan dia dah 6 bulan, dah mula boleh bagi makan.
Sekarang ni, dia dah pandai lah nak senyum2. Tapi menangis lah dia paling pandai sekali ha3.

Thursday, October 8, 2015
Upside Down :)
Hm... 04.10.2015 aku dan isteri bawa Ainul balik ke rumah kami. Mulalah kami menjaga sendiri. 05.10.2015 kami try hantar rumah pengasuh dulu. Tapi hantar kejap je lah. 6.10.2015 pun hantar juga kejap. 7.10.2015 hantar lama sikit. 8.10.2015 dah hantar terus sampai petang. Bila aku balik rumah dah dekat pukul 6. Menggelabah lah nak masak nasik dengan lauk. Bila dah ada anak ni, masak pun ringkas je. Isteri balik lewat sikit, jadi aku masak lah kat rumah. Dalam pukul 06.15pm pengasuh hantar Ainul ke rumah.
Bila ada anak ni, rasa tunggang terbalik kehidupan pun ada. Dulu rumah berkemas, sekarang mcm2 barang baby ada ha3. Dulu tido rilex je dari pukul 12 mlm sampai lah jam 6 pagi pun takpe. Mlm2 pun boleh main badminton. Tapi sekarang tak boleh lah. Ada anak, anak kene pentingkan. Dalam pukul 1 pagi kadang2 Ainul bangun. Kadang2 jam 3 pagi. Pastu dalam pukul 6pagi. Kurus aku jadinya. Jaga sama-sama dengan isteri.
Apa pun, ini adalah pengorbanan ibu dan bapa. Semoga nanti Ainul boleh tengok post ayah ni.

Tuesday, September 1, 2015
Aktiviti Luar
Amaran: Ini semua gambar lama ni ha3.
Aku ni memang suka juga aktiviti luar. Macam-macam gak lah aku buat.
Antaranya macam ni lah memancing.
Kadang-kadang aku ada gak pegi mendaki.
Ni last lah mendaki masa tahun 2010 dulu kat Gunung Tebu, Terengganu. Lama dah tak mendaki.

Subscribe to:
Posts (Atom)