About Me

Total Pageviews

Tuesday, August 16, 2016

Dah Setahun Dah Ainul Mardhiah

Genap 15.08.2016 dah setahun dah anak kami. Macam-macam ragam. Sekarang gigi dah tumbuh sebatang. Sebatang lagi pun dah nak tumbuh. Tapi yang pelik, tumbuh atas plak dulu. Ainul pun sekarang dah boleh bertatih. Dapat lah dalam 5 ke 6 langkah. Cakap pun boleh dah, tapi bahasa Alien lah, sorang pun tak faham.

Cawan kat rumah 2 biji dah pecah Ainul buat, takpe nanti dia besar dah keje, aku mintak lah ganti balik. Mana tau kot2 dapat jug ke ha3.

Aku dan isteri baik-baik sahaja. Adat lah kadang-kadang tu ada gak lah kelahi nya. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Tapi sekurang-kurangnya ada lah pengikat kasih kami. Si Ainul Mardhiah ni. Ainul pun haritu dah dapat sepupu. Sepupu lelaki. Muhammad Al-Fatih namanya. Lahir pada 28.06.2016. Ni anak kepada adik ipar aku, Muhamad Sofian.

Ni si Ainul tengah tak sihat. Dengan mak dia pun tak sihat. Takpelah, nanti sihat lah balik tu. Dah ke klinik dah.

No comments:

Post a Comment