Sejarah ini membuktikan, apa sahaja boleh berlaku. Kelab Kerdil membenam Kelab Gergasi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 7:29 AM
London: Leicester City memastikan kejuaraan sulung Liga Perdana
Inggeris yang menakjubkan tanpa perlu beraksi selepas pasukan tangga
kedua Tottenham Hotspur seri 2-2 dengan Chelsea di Stamford Bridge, awal
pagi tadi bagi melakar kejayaan terbesar pasukan bukan pilihan dalam
mana-mana sukan.
Leicester bermain dalam divisyen dua hanya dua tahun lalu, hampir
tersingkir ke Liga Kejuaraan musim lalu dan memulakan musim ini sebagai
pilihan dengan rating 5,000-1 bagi merebut kejuaraan.
Kini buat kali pertama dalam sejarah 132 tahun penubuhannya,
Leicester muncul juara Inggeris selepas mendahului tujuh mata di depan
Tottenham dengan berbaki dua perlawanan.
Foxes terlepas peluang memastikan kejuaraan Ahad lalu apabila mereka
seri 1-1 dengan Manchester United namun juara bertahan Chelsea
memastikan parti meraikan kemenangan tidak perlu ditangguh lagi.
Beberapa pemain Leicester berkumpul di rumah penjaring terbanyak
kelab dengan 22 gol Jamie Vardy menyaksikan pertemuan Tottenham dengan
Chelsea dan pemain pertahanan Christian Fuchs mengepos dalam Twitter
rakaman video pemain meraikan kejayaan itu.
Tottenham mesti menang di Chelsea bagi menghidupkan peluang memenangi
kejuaraan kali pertama sejak 1961 dan mendahului 2-0 menerusi gol
penyerang Harry Kane dan Son Heung Min namun Chelsea bangkit pada babak
kedua memaksa seri dalam pertembungan jiran setempat yang sengit dan
tegang.
Pertahanan tengah Gary Cahill merapatkan kedudukan buat Chelsea pada
awal babak kedua sebelum Eden Hazard menjaringkan gol penyamaan. Gol
Hazard hampir genap setahun sejak jaringannya membantu Chelsea merangkul
kejuaraan.
Tuesday, August 16, 2016
Dah Setahun Dah Ainul Mardhiah
Genap 15.08.2016 dah setahun dah anak kami. Macam-macam ragam. Sekarang gigi dah tumbuh sebatang. Sebatang lagi pun dah nak tumbuh. Tapi yang pelik, tumbuh atas plak dulu. Ainul pun sekarang dah boleh bertatih. Dapat lah dalam 5 ke 6 langkah. Cakap pun boleh dah, tapi bahasa Alien lah, sorang pun tak faham.
Cawan kat rumah 2 biji dah pecah Ainul buat, takpe nanti dia besar dah keje, aku mintak lah ganti balik. Mana tau kot2 dapat jug ke ha3.
Aku dan isteri baik-baik sahaja. Adat lah kadang-kadang tu ada gak lah kelahi nya. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Tapi sekurang-kurangnya ada lah pengikat kasih kami. Si Ainul Mardhiah ni. Ainul pun haritu dah dapat sepupu. Sepupu lelaki. Muhammad Al-Fatih namanya. Lahir pada 28.06.2016. Ni anak kepada adik ipar aku, Muhamad Sofian.
Ni si Ainul tengah tak sihat. Dengan mak dia pun tak sihat. Takpelah, nanti sihat lah balik tu. Dah ke klinik dah.

Subscribe to:
Posts (Atom)