Sejak Ainul dah ada kat rumah ni. Mcm2 aku dan isteri rasakan. Tapi of course lah gembira paling banyak kan.
Cuma, yelah, terkejar2 masa, penat dan sebagainya kadang-kala membuatkan ada juga masalah. Yelah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan?
Ni tak lama lagi dah nak masuk 3 bulan dah Ainul ni. Buat masa ni Alhamdulillah, tiada pula dia meragam yang pelik2. Lagi 3 bulan dia dah 6 bulan, dah mula boleh bagi makan.
Sekarang ni, dia dah pandai lah nak senyum2. Tapi menangis lah dia paling pandai sekali ha3.
Thursday, November 5, 2015
Thursday, October 8, 2015
Upside Down :)
Hm... 04.10.2015 aku dan isteri bawa Ainul balik ke rumah kami. Mulalah kami menjaga sendiri. 05.10.2015 kami try hantar rumah pengasuh dulu. Tapi hantar kejap je lah. 6.10.2015 pun hantar juga kejap. 7.10.2015 hantar lama sikit. 8.10.2015 dah hantar terus sampai petang. Bila aku balik rumah dah dekat pukul 6. Menggelabah lah nak masak nasik dengan lauk. Bila dah ada anak ni, masak pun ringkas je. Isteri balik lewat sikit, jadi aku masak lah kat rumah. Dalam pukul 06.15pm pengasuh hantar Ainul ke rumah.
Bila ada anak ni, rasa tunggang terbalik kehidupan pun ada. Dulu rumah berkemas, sekarang mcm2 barang baby ada ha3. Dulu tido rilex je dari pukul 12 mlm sampai lah jam 6 pagi pun takpe. Mlm2 pun boleh main badminton. Tapi sekarang tak boleh lah. Ada anak, anak kene pentingkan. Dalam pukul 1 pagi kadang2 Ainul bangun. Kadang2 jam 3 pagi. Pastu dalam pukul 6pagi. Kurus aku jadinya. Jaga sama-sama dengan isteri.
Apa pun, ini adalah pengorbanan ibu dan bapa. Semoga nanti Ainul boleh tengok post ayah ni.

Tuesday, September 1, 2015
Aktiviti Luar
Amaran: Ini semua gambar lama ni ha3.
Aku ni memang suka juga aktiviti luar. Macam-macam gak lah aku buat.
Antaranya macam ni lah memancing.
Kadang-kadang aku ada gak pegi mendaki.
Ni last lah mendaki masa tahun 2010 dulu kat Gunung Tebu, Terengganu. Lama dah tak mendaki.

Monday, August 24, 2015
Persediaan Dari Segi Barang Nak Dibawa Semasa Nak Bersalin Dan Dah Bersalin Di Hospital
1. Pampers
Beli lah yang
newborn punya bawalah dalam 20 keping. Kenapa banyak sangat? Kita tak tahu
samada isteri lahirkan anak normal atau operate. Kalau lahirkan anak dengan
cara normal, tak payahlah duduk lama. Tetapi kita kena sedia juga kalau-kalau
isteri lahirkan anak dengan cara operate. Isteri akan ditahan di wad dahulu dan
anak juga akan dimonitor. Jadi akan ambil masa sikit. Beli yang newborn punya
ye, jangan yang dah besau punya.
2. Lampin
Tak payah lah
banyak sangat. Bawalah dalam 5 helai. Tujuan utama adalah untuk bedung bayi je.
Lagipun dah ada pampers tadi. Aku dah try brand Drypers dan PetPet. Aku prefer
Drypers. Serapan lebih banyak dan selesa tengok bayi pakai.
3. Wet
Tissue
Ni memang
perlu ada lah. Yelah, nanti nak bersihkan bayi yang buang air kecil ataupun air
besar. Aku nasihatkan bawa banyak sikit lah, dalam 30 ke 50 keping punya. Sebabnya?
Rujuk no 1 tadi.
4. Susu
Formula
Mungkin ada
yang pelik kenapa aku cakap susu formula. Kan bayi elok disusukan dengan susu
ibu? Ye, memang betul dan adalah perlu susukan guna susu ibu sehingga umur 2
tahun. Susu ibu yang terbaik. Tetapi, perlu di ingat, terutama anak pertama ni,
si ibu mungkin susunya sikit ataupun tiada. Jadi untuk elakkan bayi lapar,
berilah susu formula. Kalau bayi tak cukup susu, nanti boleh kuning jadinya.
5. Breastpump
Ini tujuannya
adalah untuk pam susu keluar. Yelah, nanti senang nak susukan kalau masatu
ibunya pergi toilet kea tau mandi ke. Kalau boleh, beli yang elektrik punya
lah. Kalau tak boleh, beli lah yang manual punya. Lagipun, ada kemungkinan bayi yang menyusu tu
rakus sangat atau cara memberi susu yang tak betul boleh membuatkan putting luka,
jadi kena lah pam susu.
6. Baju
dan Seluar Bayi serta Stokin Tangan / Kaki Bayi
Takkan lah
nak anak ko pakai lampin je kan? Sejuk kang, kembung plak perutnya. Stokin tangan sebenarnya paling penting. Bila
korang dah ambil anak masing-masing, cepat-cepatlah pakaikan sarung tangan dia.
Kalau tak, nanti dia gosong mata dia, kena kuku dia, boleh luka mata. Tak
pasal-pasal kes lain pulak jadinya.
7. Minyak
Telon
Minyak ni nak
sapukan kat perut bayi terutamanya. Sapukan lepas mandikan bayi ke ataupun di
waktu pagi dan nak masuk ke malam. Ni untuk elakkan kembung.
8. Makanan
Bawalah
makanan untuk orang bersalin nanti. Harapkan hospital, dia main ikut dia je
bagi makanan, mcm orang dah bersalin tu makan tak berpantang.
9. Minuman
dan Termos Air Panas
Termos air
panas ni penting kalau lahirkan anak di hospital. Air panas kena ready, nak
buat minuman. Kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, masa wife aku nak
bersalin dan dah bersalin pun, air panas ambil sendiri. Jadi, takkanlah dah
bersalin nak dia kehulu kehilir ambil air panas tiap kali nak buat air. Jadi,
termos nak simpan air panas ni penting.
10. Pakaian
Isteri
Yelah,
kot-kot lah jadi macam keadaan di no 1, korang ready kan lah banyak sikit
pakaian si isteri. Ni termasuklah juga untuk peralatan nak mandi. Ubat gigi,
berus gigi, sabung dan etc.
11. GL
– Guarantee Letter
Untuk
kakitangan kerajaan, boleh lah buat dulu GL untuk kali pertama nak daftarkan si
isteri ni. Tapi kemudian, boleh lah minta pihak hospital kerajaan cetakkan. Dah
ada sistem online. Tapi make sure lah korang update maklumat pasangan di dalam
sistem tu. Kalau tak update, tak keluar lah maklumat suami isteri pulak.
12. Insurans
Em.. aku tak
sure lah, tapi ada ke insuran cover untuk melahirkan anak?
13. Stamina
Ye, stamina
memang perlu untuk si suami juga. Ini kerana jika anda melahirkan anak di
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang buat masa terdekat ni, tempat parking
kenderaan yang jauh akan membuatkan anda kepenatan ha3. Nak marah rasanya bila
kena parking jauh, adoiyai.
14. Kain
besar
Tujuan kain
ni adalah untuk menutup bahagian dada si isteri semasa menyusukan anak. Yelah,
di waktu melawat nanti suami-suami orang lain pun akan tengok isteri
masing-masing. Dah tu, takkan nak biarkan suami orang lain tengok nenen isteri
korang time bagi bayi menyusu, kan?
15. Charger
telefon
Isteri korang
tentunya lah ada telefon. Jadi, bekalkan lah dengan charger ataupun powerbank
agar mudah dia nak cas hp kot-kot lah bateri telefon habis.
Cara Terbaik Kuruskan Badan Adalah?
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana telah kurniakan aku dan isteri zuriat. Ainul Mardhiah nama yang kami beri.
Dari 17.08.2015 hinggalah 23.08.2015 aku sempat menjaga anak ku ini. Memang terus turun berat badan jadinya ha3.
Rasa nak menangis pun ada bila dah dekat jam 2 pagi pun dia tak tidur lagi.
Hm.. macam manalah agaknya nanti dia dah besar nanti kan?
Sekarang aku dan isteri menjaganya.. entah nanti kami dah tua, dia jaga kami ke tak.
Bak kata orang, mak bapak boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga mak bapa masing-masing.
Aku harini dah pulang ke Klang, tinggalkan isteriku berpantang di Sabak Bernam.
Isteriku ada telefon harini kata tali pusatnya dah tertanggal dah.
Mengenang kembali hari-hari sebelum ini, aku dah cukurkan rambut anak ku masuk hari ke 7. Hari Jumaat. Dibantu juga oleh seorang bidan kampung. Yelah, aku mana lah reti cara nak cukur rambut budak. Dia lah ajar mcmana nak cukur.
Uri pun haritu aku cuci sendiri, makcik aku ajar.

Sunday, August 23, 2015
Lahirnya Ainul Mardhiah
Pada 08.08.2015 perasaan mula berdebar. Hari ini sepatutnya aku dan isteri akan menimang cahaya mata pertama kami.
Pun begitu masih belum lagi. Selepas air ketuban mula keluar sedikit, kami telah ke klinik dan isteri ku telah diarah ke Hospital Sabak Bernam dan kemudian telah di masukkan ke wad dari 9.8.2015 hingga lah 11.8.2015. Tetapi bukaan masih lagi 1cm.
Doktor kemudian mengarahkan agar isteri dihantar ke Hospital Teluk Intan. Isteriku memilih untuk ke Hospital Klang. Di sini lah segalanya bermula.
Dari 11.8.2015 isteri ku di wadkan. Telah di induce 2 kali sehinggalah pada 14.8.2015. Isteri ku sentiasa bersedih kerana bayi kami masih belum dilahirkan lagi. Doa ke hadrat Ilahi sahaja peneman kami.
Pada 14.8.2015 iseri ku memaklumkan yang dia akan dimasukkan ke labor room. aku kemudian datang ke Hospital. Selesai Maghrib dan Isyak, aku naik ke labor room. Kehulu kehilir tak tentu hala. Aku tak tahu apa ang berlaku di dalam. Jam 10pm aku dipanggil doktor. Aku dibenarkan untuk meneman iseriku. Aku pasrah. Lihat isteriku yang menanggung kesakitan yang tidak terperi dan tidak ku ketahui atau fahami. Dia telah diinduce kali ke tiga.
Aku nak menangis pun tak boleh. Sedih lihat isteriku sedang bertarung nyawa nak melahirkan zuriat kami. Tepat jam 11pm aku diarahkan keluar. Doktor kata jika ada apa-apa dalam pukul 1am dia akan panggil semula.
Aku tunggu sampai lah jam 1am. Tetapi tiada panggilan dari Doktor. Ok lah kot agaknya. Mungkin isteri ku dah lahirkan zuriat kami.
Jangkaan aku meleset. Jam 1.30am, doktor keluar dan mencariku. Dokor mengatakan perlu membuat emergency operation kepada isteriku kerana jantung bayi dah lemah. Aku tergamam. Kaki ibarat tak cecah tanah. Nyawa mereka kini dalam bahaya. Tetapi aku pasrah. Untuk menyelamatkan mereka, aku redha.
Jam 1.50am, isteri ku dimasukkan ke dalam bilik bedah. Aku tunggu ibarat orang hilang punca. Tak tahu nak buat apa. Solat hajat, Yassin semua dah ku baca. Dalam lebih kurang 3am keluar nurse membawa bayi di dalam mcm incubaor. Dia memanggil namaku. Dia kata ini lah anakku. Aku tergamam, nak seronok ke apa ke aku pun tak tahu. Seorang puteri.
Aku bersyukur. Aku bertanyakan bagaimana pula dengan isteriku. Dokor kata, masih di dalam tetapi ok. Aku diarah untuk uruskan dokumen. Aku kemudian diarah unuk berjumpa dengan bayi kami. Aku melihat satu kurniaan Ilahi yang kecil. Anugerah untuk aku dan Isteri. Beratnya 2.63kg yang lahir pada 15.8.2015. Aku ibarat orang yang tak tahu apa. Aku meminta nurse ajar aku cara pegang bayi. Aku pun mengqamatkan bayi kami.
Aku kemudian menunggu pula isteri ku. Dia pun keluar dalam hampir pukul 5.00am. Aku bersyukur kepadamu Allah. Kau selamakan nyawa iseri dan anakku. Zuriat pertama kami. Cucu pertama ibu bapaku dan juga cucu pertama mertuak.
Isteriku telah di discharge pada 17.8.2015
Lahirlah kini hambaMu yang baru Ya Allah SWT. Lahirlah kini umat baru Nabi Muhammad SAW. Lahirlah kini zuriatku. Ainul Mardhiah Binti Mohd Rizal. Alhamdullilah. 15.8.2015.

Friday, August 7, 2015
Dulu Sorang Sekarang Berdua
Tanggal 13.09.2013 aku selamat diijabkabulkan dengan isteriku Noor Shahidah Binti Shakil Ahmad.
Sekarang dah hampir 2 tahun kami berkahwin. Diharap agar perkahwinan kekal selamanya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)