Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana telah kurniakan aku dan isteri zuriat. Ainul Mardhiah nama yang kami beri.
Dari 17.08.2015 hinggalah 23.08.2015 aku sempat menjaga anak ku ini. Memang terus turun berat badan jadinya ha3.
Rasa nak menangis pun ada bila dah dekat jam 2 pagi pun dia tak tidur lagi.
Hm.. macam manalah agaknya nanti dia dah besar nanti kan?
Sekarang aku dan isteri menjaganya.. entah nanti kami dah tua, dia jaga kami ke tak.
Bak kata orang, mak bapak boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga mak bapa masing-masing.
Aku harini dah pulang ke Klang, tinggalkan isteriku berpantang di Sabak Bernam.
Isteriku ada telefon harini kata tali pusatnya dah tertanggal dah.
Mengenang kembali hari-hari sebelum ini, aku dah cukurkan rambut anak ku masuk hari ke 7. Hari Jumaat. Dibantu juga oleh seorang bidan kampung. Yelah, aku mana lah reti cara nak cukur rambut budak. Dia lah ajar mcmana nak cukur.
Uri pun haritu aku cuci sendiri, makcik aku ajar.
No comments:
Post a Comment