Pada 08.08.2015 perasaan mula berdebar. Hari ini sepatutnya aku dan isteri akan menimang cahaya mata pertama kami.
Pun begitu masih belum lagi. Selepas air ketuban mula keluar sedikit, kami telah ke klinik dan isteri ku telah diarah ke Hospital Sabak Bernam dan kemudian telah di masukkan ke wad dari 9.8.2015 hingga lah 11.8.2015. Tetapi bukaan masih lagi 1cm.
Doktor kemudian mengarahkan agar isteri dihantar ke Hospital Teluk Intan. Isteriku memilih untuk ke Hospital Klang. Di sini lah segalanya bermula.
Dari 11.8.2015 isteri ku di wadkan. Telah di induce 2 kali sehinggalah pada 14.8.2015. Isteri ku sentiasa bersedih kerana bayi kami masih belum dilahirkan lagi. Doa ke hadrat Ilahi sahaja peneman kami.
Pada 14.8.2015 iseri ku memaklumkan yang dia akan dimasukkan ke labor room. aku kemudian datang ke Hospital. Selesai Maghrib dan Isyak, aku naik ke labor room. Kehulu kehilir tak tentu hala. Aku tak tahu apa ang berlaku di dalam. Jam 10pm aku dipanggil doktor. Aku dibenarkan untuk meneman iseriku. Aku pasrah. Lihat isteriku yang menanggung kesakitan yang tidak terperi dan tidak ku ketahui atau fahami. Dia telah diinduce kali ke tiga.
Aku nak menangis pun tak boleh. Sedih lihat isteriku sedang bertarung nyawa nak melahirkan zuriat kami. Tepat jam 11pm aku diarahkan keluar. Doktor kata jika ada apa-apa dalam pukul 1am dia akan panggil semula.
Aku tunggu sampai lah jam 1am. Tetapi tiada panggilan dari Doktor. Ok lah kot agaknya. Mungkin isteri ku dah lahirkan zuriat kami.
Jangkaan aku meleset. Jam 1.30am, doktor keluar dan mencariku. Dokor mengatakan perlu membuat emergency operation kepada isteriku kerana jantung bayi dah lemah. Aku tergamam. Kaki ibarat tak cecah tanah. Nyawa mereka kini dalam bahaya. Tetapi aku pasrah. Untuk menyelamatkan mereka, aku redha.
Jam 1.50am, isteri ku dimasukkan ke dalam bilik bedah. Aku tunggu ibarat orang hilang punca. Tak tahu nak buat apa. Solat hajat, Yassin semua dah ku baca. Dalam lebih kurang 3am keluar nurse membawa bayi di dalam mcm incubaor. Dia memanggil namaku. Dia kata ini lah anakku. Aku tergamam, nak seronok ke apa ke aku pun tak tahu. Seorang puteri.
Aku bersyukur. Aku bertanyakan bagaimana pula dengan isteriku. Dokor kata, masih di dalam tetapi ok. Aku diarah untuk uruskan dokumen. Aku kemudian diarah unuk berjumpa dengan bayi kami. Aku melihat satu kurniaan Ilahi yang kecil. Anugerah untuk aku dan Isteri. Beratnya 2.63kg yang lahir pada 15.8.2015. Aku ibarat orang yang tak tahu apa. Aku meminta nurse ajar aku cara pegang bayi. Aku pun mengqamatkan bayi kami.
Aku kemudian menunggu pula isteri ku. Dia pun keluar dalam hampir pukul 5.00am. Aku bersyukur kepadamu Allah. Kau selamakan nyawa iseri dan anakku. Zuriat pertama kami. Cucu pertama ibu bapaku dan juga cucu pertama mertuak.
Isteriku telah di discharge pada 17.8.2015
Lahirlah kini hambaMu yang baru Ya Allah SWT. Lahirlah kini umat baru Nabi Muhammad SAW. Lahirlah kini zuriatku. Ainul Mardhiah Binti Mohd Rizal. Alhamdullilah. 15.8.2015.
No comments:
Post a Comment