About Me

Total Pageviews

Monday, August 24, 2015

Persediaan Dari Segi Barang Nak Dibawa Semasa Nak Bersalin Dan Dah Bersalin Di Hospital




Antara barang yang penting adalah

1.       Pampers
Beli lah yang newborn punya bawalah dalam 20 keping. Kenapa banyak sangat? Kita tak tahu samada isteri lahirkan anak normal atau operate. Kalau lahirkan anak dengan cara normal, tak payahlah duduk lama. Tetapi kita kena sedia juga kalau-kalau isteri lahirkan anak dengan cara operate. Isteri akan ditahan di wad dahulu dan anak juga akan dimonitor. Jadi akan ambil masa sikit. Beli yang newborn punya ye, jangan yang dah besau punya.

2.       Lampin
Tak payah lah banyak sangat. Bawalah dalam 5 helai. Tujuan utama adalah untuk bedung bayi je. Lagipun dah ada pampers tadi. Aku dah try brand Drypers dan PetPet. Aku prefer Drypers. Serapan lebih banyak dan selesa tengok bayi pakai.

3.       Wet Tissue
Ni memang perlu ada lah. Yelah, nanti nak bersihkan bayi yang buang air kecil ataupun air besar. Aku nasihatkan bawa banyak sikit lah, dalam 30 ke 50 keping punya. Sebabnya? Rujuk no 1 tadi.

4.       Susu Formula
Mungkin ada yang pelik kenapa aku cakap susu formula. Kan bayi elok disusukan dengan susu ibu? Ye, memang betul dan adalah perlu susukan guna susu ibu sehingga umur 2 tahun. Susu ibu yang terbaik. Tetapi, perlu di ingat, terutama anak pertama ni, si ibu mungkin susunya sikit ataupun tiada. Jadi untuk elakkan bayi lapar, berilah susu formula. Kalau bayi tak cukup susu, nanti boleh kuning jadinya.

5.       Breastpump
Ini tujuannya adalah untuk pam susu keluar. Yelah, nanti senang nak susukan kalau masatu ibunya pergi toilet kea tau mandi ke. Kalau boleh, beli yang elektrik punya lah. Kalau tak boleh, beli lah yang manual punya.  Lagipun, ada kemungkinan bayi yang menyusu tu rakus sangat atau cara memberi susu yang tak betul boleh membuatkan putting luka, jadi kena lah pam susu.

6.       Baju dan Seluar Bayi serta Stokin Tangan / Kaki Bayi
Takkan lah nak anak ko pakai lampin je kan? Sejuk kang, kembung plak perutnya.  Stokin tangan sebenarnya paling penting. Bila korang dah ambil anak masing-masing, cepat-cepatlah pakaikan sarung tangan dia. Kalau tak, nanti dia gosong mata dia, kena kuku dia, boleh luka mata. Tak pasal-pasal kes lain pulak jadinya.

7.       Minyak Telon
Minyak ni nak sapukan kat perut bayi terutamanya. Sapukan lepas mandikan bayi ke ataupun di waktu pagi dan nak masuk ke malam. Ni untuk elakkan kembung.

8.       Makanan
Bawalah makanan untuk orang bersalin nanti. Harapkan hospital, dia main ikut dia je bagi makanan, mcm orang dah bersalin tu makan tak berpantang.


9.       Minuman dan Termos Air Panas
Termos air panas ni penting kalau lahirkan anak di hospital. Air panas kena ready, nak buat minuman. Kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, masa wife aku nak bersalin dan dah bersalin pun, air panas ambil sendiri. Jadi, takkanlah dah bersalin nak dia kehulu kehilir ambil air panas tiap kali nak buat air. Jadi, termos nak simpan air panas ni penting.

10.   Pakaian Isteri
Yelah, kot-kot lah jadi macam keadaan di no 1, korang ready kan lah banyak sikit pakaian si isteri. Ni termasuklah juga untuk peralatan nak mandi. Ubat gigi, berus gigi, sabung dan etc.

11.   GL – Guarantee Letter
Untuk kakitangan kerajaan, boleh lah buat dulu GL untuk kali pertama nak daftarkan si isteri ni. Tapi kemudian, boleh lah minta pihak hospital kerajaan cetakkan. Dah ada sistem online. Tapi make sure lah korang update maklumat pasangan di dalam sistem tu. Kalau tak update, tak keluar lah maklumat suami isteri pulak.

12.   Insurans
Em.. aku tak sure lah, tapi ada ke insuran cover untuk melahirkan anak?

13.   Stamina
Ye, stamina memang perlu untuk si suami juga. Ini kerana jika anda melahirkan anak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang buat masa terdekat ni, tempat parking kenderaan yang jauh akan membuatkan anda kepenatan ha3. Nak marah rasanya bila kena parking jauh, adoiyai.

14.   Kain besar
Tujuan kain ni adalah untuk menutup bahagian dada si isteri semasa menyusukan anak. Yelah, di waktu melawat nanti suami-suami orang lain pun akan tengok isteri masing-masing. Dah tu, takkan nak biarkan suami orang lain tengok nenen isteri korang time bagi bayi menyusu, kan?

15.   Charger telefon
Isteri korang tentunya lah ada telefon. Jadi, bekalkan lah dengan charger ataupun powerbank agar mudah dia nak cas hp kot-kot lah bateri telefon habis.




No comments:

Post a Comment